Wednesday, April 29, 2015

Tak tidur malam.

Assalamualaikum.

Semalam satu malam anak aku tido-tido ayam yang membuatkan aku juga turut terjebak dalam ketiduran ayam tersebut. Biasanya kalau dia lain macam, menyusu pun tak kena, baring pun tak kena, angkat pun tak kena, maknanya ada la tu yang tak kena!

Kekadang aku bengang jugak bila anak buat hal meragam gitu. Wakakaka punyalah tak sabor ummi Salsabeela ni! Pastu aku akan tanya dia (macamlah dia boleh jawab), kenapa apa masalah dia segala. Dan Salsabeela macam biasa, hanya menguatkan lagi volume tangisan beliau. Muahahahahaha hamek! 

Bila dia dah nanges, kita ni pun pujuk la dia. Pujuk punya pujuk, slow dah sikit volume tu. Salsabeela ni bak kata nekbu dia, jenis manja. Kena pujuk, takleh cakap kuat-kuat (nanti dia ingat kita marah dia padahal kita terkejut tengok air mandi dia dalam gayung letak dalam sinki dah dimasuki mangkuk makanan. Tu contoh). 

Aku pernah sekali sediakan air mandi dia dalam gayung, pastu letak gayung tu dalam sinki. Lepas tu pergi la bukak baju dia, gurau-gurau sikit, sembang-sembang sikit barulah nak mandikan. Sekali dah berkejaran dukung Salsabeela ke sinki (sebab takut dia kencing atas baju aku), sekali tengok ada mangkuk dengan garfu segala dalam gayung tu. Terspontan menjerit! Sekali dia pun menjerit sekali sebab terkejut ingat kita marah dia. Padahal sebelum tu tenang je. Hahahaharu!

Kekadang bila dah termarah dia sebab tido tak cukup, pastu tengok dia nanges mendayu-dayu kesakitan rasa kesian pulak. Rasa menyesal gila sebab marah dia tadi. Lagi rasa super duper menyesal kalau tengok muka tenang dia masa tengah tido. Padahal dia just nak kasi ummi dia ni tahu yang dia tengah sakit. Ummi dia ni pulak failed! Tak reti bahasa baby comel macam dia. Alahai. Maafkan ummi, sayang. Awok anok sulung, ummi banyak taktau dan banyak jugak eksperimen kat awok. Sori deh.

Takpelah nak. Demimu anak, ummi memang takkan boleh lena tido sampailah ummi tido buat selamanya. Sorry kalau ummi tak faham kehendak Salsabeela. Anak, akan ada banyak lagi kehendakmu yang ummi takkan faham dan kamu sendiri yang akan menyatakan bahawa ummimu ni tidak memahamimu. Namun ketahuilah anak, ummi paling sayangkan anak ummi sepenuh jiwa dan raga ummi.


P/s: Salsabeela jangan merajuk eh nanti kalau ummi taknak belikan doll. NO DOLLS OK! Nak mainan, ummi beli yang ilmiah sajork. Ahaks!

Apa ummi? Ummi marah Salsabeela ke?


No comments: