Monday, May 6, 2013

Biar kalah, jangan mengalah!

Salam and greetings.

Before I write this entry any further, I would like to apologize for the (future) contents that might, in any ways hurt you or your pride, perhaps? So, forgive me for telling you the truth okay?

Bismillahhirrahmanirrahim, with the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.

*tarik nafas dalam*

Aku, sejujurnya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang lahir di tanah Malaysia, to be specific Selangor (Sayangi Selangor, Yakini Allah) dan dengan izin Tuhan aku telah pun hidup selama hampir 23 tahun dan telah pun diberi peluang untuk mengundi bagi memilih pemimpin yang aku mahukan bagi mentadbir negara yang aku sayangi, semalam adalah berasa amat-amat kecewa dengan sistem dan proses pilihanraya yang dijalankan di negara kita.

Alhamdulillah, segala puji hanya pada Allah Tuhan Sekalian Alam.

Ada few issues yang aku nak highlight sepanjang PRU ke-13 dijalankan. Okay kejap, for those yang kata pengalaman aku terlampau mentah disebabkan umur aku yang masih muda, izinkan aku berkongsi satu quote yang mungkin boleh membantu which is "Grades don't define intelligence, age doesn't define maturity."

And why is that age doesn't maturity quote I put here?

Because, maturity comes with the experience, not the age. Doesn't mean you're older, you have more experience. Aku bagi analogi yang mudah la nak paham. Ada dua orang lelaki, seorang berusia 55 tahun dan seorang lagi berusia kurang lebih separuh daripadanya iaitu 25 tahun. Aku labelkan yang umur 55 tahun tu sebagai Ali dan yang 25 tahun tu sebagai Bob.

Ali : Seorang lelaki yang tinggal di dalam sebuah kampung, melakukan kerja-kerja kampung semenjak usianya belasan tahun hingga kini, bercucu tiga. Seumur hidupnya, dia tak pernah keluar daripada kampung tersebut dan rutin yang dilaluinya adalah sama setiap hari. Aku ulang, setiap hari. Betul, dia pasti adalah pakar dan sangat berpengalaman dalam bidang kerjanya iaitu kerja-kerja kampung. Tapi, pengalamannya hanya terhad setakat itu.

Bob : Seorang lelaki yang juga tinggal di kampung yang sama. Tetapi semenjak dia bersekolah menengah, dia telah keluar daripada kampung tersebut untuk pergi ke sekolah berasrama penuh. 5 tahun dihabiskan bukan di dalam kampung tersebut tetapi di sekolah asrama. Habis bersekolah, mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Habis belajar kat luar negara, dia balik ke negara asal dan mencari pekerjaan, tetapi masih tidak menetap di kampung tersebut. Pengalamannya yang bersekolah asrama, duduk di negara orang selama 3-4 tahun dan merasa jerih payah mencari pekerjaan sudah tentu telah menambahkan akaun pengalaman dirinya.

Soalan aku sekarang, adakah adil jika dikatakan Bob tidak matang berbanding Ali hanya kerana Bob lebih muda daripada Ali sedangkan pengalaman yang dia punya lebih luas berbanding Ali?

Okay, fikir dan jawab sendiri.

Jadi, cuba dengar suara orang muda seperti aku berdasarkan apa yang telah dilihat dan dilalui sendiri. Ya, mungkin benar aku masih belum puas makan garam seperti kalian tapi takkanlah just because awak makan garam lebih, kita taknak bagi peluang untuk kanak-kanak menjelaskan betapa manis dan masamnya gula-gula yang dia makan kan?

Baiklah, aku teruskan.

Ada masa aku terfikir, "Ala, aku sumbang satu undi je kot. Apa nak heran sangat." Tapi cuba bayangkan kalau dah 10 orang fikir macam aku fikir, dah jadi 10 undi. Kalau 100 orang, dah 100 undi. Kalau seribu orang? Sepuluh ribu? Seratus ribu? Sejuta?

Jadi, first thing first, kita kena hapuskan fikiran sebegitu. Sebab angka dua tidak akan dicapai sekiranya tidak dibilang bermula satu (abaikan sifar sebab takde nilai dalam hal ni).

Tapi, melihatkan proses pilihanraya yang berlangsung adakalanya membuatkan aku kecewa. Satu undi aku dipermainkan. Suara rakyat menjadi bahan ejekan. Kemahuan rakyat dipinggirkan. Aku menjadi rapuh dan rawan sendiri.

Aku akan listkan beberapa perkara yang aku anggap menjadi isu terhangat sepanjang PRU 13 ni. Aku bahagikan kepada 3 bahagian; sebelum, semasa dan selepas.

SEBELUM PRU 13:

#inikalilah #ubah kerajaan

Tahu tak kenapa kempen ni sangat perlu dijalankan dengan begitu meluas agar semua orang terbuka mata?

Okay, kat sini ada beberapa fakta yang aku boleh kongsikan.

1. Semenjak merdeka, negara kita belum pernah sekali pun bertukar kerajaan. Jadi, understood kalau kita rujuk peranan kerajaan pastilah merujuk pada pucuk pimpinan BN, semata.

2. Negara kita pengeluar minyak tapi minyak adalah mahal bagi rakyat Malaysia sendiri. Logiknya, dah kita yang keluarkan minyak, kitalah dapat benefit daripada pengeluaran tersebut kan? Tapi, itu tak berlaku. In fact, kita dimomokkan dengan mengatakan bahawa kerajaan bagi subsidi untuk minyak dsbnya. Subsidi tu tak perlu pun sbnanye kalau takde ketirisan duit.

3. Ketirisan/kebocoran duit, in case ada yang tak faham apa itu ketirisan, ketirisan adalah duit yang telah dibazirkan. Dah nama pun bazir, of courselah benda tu tak perlu. Ketirisan wang negara adalah sebanyak RM1.3 trillion sepanjang 10 tahun lepas. Makna 10 tahun tu, dah 2 kali la PRU dijalankan. Korang tahu tak 1.3 trillion tu banyak mana? Kalau korang rasa juta tu banyak, bilion lagi banyak daripada juta. Kalau korang rasa bilion tu banyak, trilion lagi banyak daripada bilion. Haaaa kira sendirilah banyak tak banyak. Dah boleh cover up dah kot susbsidi minyak (kononnya) yang dicanang-canangkan tu.

4. Malaysia telah mendaki sebanyak 31 anak tangga dalam usaha menjadi negara yang mengamalkan korupsi daripada 23 (1995) kepada 54 (2012) berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI). Korupsi ni korang ingat mende kecik ke sbnanye? Korupsi ni macam sel kanser tahu. Dia mampu membunuh secara senyap. Tahu-tahu je dah kiok Malaysia kalau kita masih mengamalkan korupsi.

Jadi dah nampak kenapa kita kena ubah kerajaan kita? Kesenangannya akan balik kepada kita jugak. Tapi hakikatnya kita masih mengekalkan kerajaan yang korup macam ni, hmmmm kesusahannya akan baliklah pada kita dan anak cucu kita. Ingat senang ke diorang nak berubah? 

Soalan aku, dah berapa banyak peluang yang kita bagi diorang sia-siakan?

5. Menentang pihak lawan dengan pornografi. Tahu tak budaya pornografi ni adalah sesuatu yang sangat bahaya bagi pembentukan sesebuah bangsa? Tapi apa yang pemimpin kita hidangkan pada kita? Video seks! Bagi aku, kalau betul nak lawan, clean fight la. Takkan tak berani kot? Orang tunjuk facts and figures, kau balas dengan isu moral. Apa benda?

Analoginya seperti kau berlawan dengan kawan kau. Agak-agak nak kalah, kau tutup mata dia dan kau pukul dia habis-habisan. Unless kawan kau tu ada belajar seni mempertahankan diri masa mata ditutup, pasti dia akan kalah dibelasah teruk.

Tak pun, dah puas bertekak. Bila dah rasa nak kalah, kau pijak bayang kau sendiri sambil mengatakan bahawa apa yang dipijak itu adalah kepala bapak si lawan.

Fair enough?

SEMASA PRU 13: 

1. Isu dakwat kekal

Aku kira, kesilapan major pihak yang bertanggungjawab adalah dengan menyatakan nama dakwat tersebut sebagai dakwat kekal dan perincian terhadap dakwat tersebut adalah sekurang-kurangnya dakwat tersebut akan kekal dalam masa 5-7 hari. Tapi, how is that possible to clean that so-called dakwat kekal within tak sampai sehari? Yang dikata tidak dikota, aku rasa ditipu hidup-hidup.

Sejujurnya, kita bukannya nak dakwat tu kekal sampai mati. Tapi kenapa yang berlaku sangat ironi dengan apa yang dijanji?

Mungkin ada yang mengatakan yang kita pergi basuh sape suruh, memanglah hilang.

So, are you saying that you were lying, or what?

2. Isu pengundi hantu dan bangla dibawa masuk, diberi ic dan boleh mengundi

Allah... Aku taktau nak cakap macam mana pasal isu ni.

Masih ingat lagi bila orang kata orang Sulu dapat masuk Sabah sebab ada ic adalah hanya rumors? Masih ingat lagi tak?

Haaaa rumors itulah yang akhirnya mengorbankan banyak nyawa pejuang kita!

Dan sekarang, bila disebarkan tentang pengundi hantu dan bangla boleh mengundi, masih ada yang mengatakan "Jangan percaya rumors. Benda ni belum tentu betul selagi takde bukti."

Bukti? Did you just say bukti?

Nah! Orang bagi bukti. Share video bangla kena tahan, ada yang sampai menangis, tahan bangla satu bas di pusat mengundi, amek gambar of those banglas when they were queuing up to vote and etc.

Well, you'll say "Alah, benda dalam internet sekarang semua tak boleh percaya sekarang. Boleh edit, boleh buat. Tak pun, itu orang asli sbnanye."

Allahhh, apa yang dah membutakan mata dan hati kalian yang bercakap sedemikian rupa?

Soalnya, bukan kita nak gulingkan kerajaan lama yang buat kita cakap macam tu. Tapi, soalnya mana ketelusan dalam pengundian? Bukan soal bangla tu undi untuk BN atau PR, soalnya SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB BAWAK BANGLA TU MASUK, BAGI IC DAN MEMBENARKAN DIORANG MENGUNDI?

Kalau desperate sangat nak menang sekali pun, biarlah rakyat Malaysia yang pilih, bukan bangla!

Sekarang kita tutup mata, nanti jangan nak menangis tak berlagu bila bangla mula menuntut hak sebagai warganegara.

3. Ketelusan pengiraan undi yang boleh diragui

Aku nak gelak pun ada jugak dengan isu ni. Seriously aku ingatkan dah 55 tahun jadi pemimpin, dah makin matang dalam membuat sesuatu tindakan. Haih, nampak sangat age doesn't define maturity.

Pengiraan undi dijalankan -- PR menang. Tak puas hati, buat recount. Tengah syok-syok kira, tup-tup blackout. Lepas dah habis blackout, continue voting and taraaaaa -- magic happens! PR been defeated.

Yang kelakarnya, benda ni bukanlah yang pertama kali berlaku masa PRU 13 ni tapi dah pernah berlaku masa PRU yang sebelum-sebelum ini jugak. Korang tak percaya, boleh tanya orang yang menunggu masa pengiraan undi.

Kesian kan kita selalu jadi boneka orang yang berkepentingan. Ramai yang dah jadi Tuah, membunuh Jebat sang sahabat baik hanya kerana kesetiaan yang tidak bermata. Tuah diangkat menjadi perwira, Jebat terus dicop sebagai penderhaka.

SELEPAS PRU 13: 

1. Isu rasis Melayu - Cina

Some of my friends said, "Kalau PAS atau PKR menang, aku tak kisah tapi bukan DAP."

Why? What is wrong with DAP?

Aku bukan nak kata apalah. Yang tak suka sangat kat Cina ni, kenapa nak salahkan DAP? Salahkanlah siapa yang bawak masuk Cina dulu. Kalau dulu kita bawak masuk Cina, sekarang kita bawak masuk Bangla, apa beza?

Untuk kita mengubah kerajaan, of courselah kena ada gabungan kuasa. PAS, PKR dan DAP tu sbnanye kan bernaung bawah satu nama iaitu Pakatan Rakyat. Bezanya, bila bertanding bawah bendera masing-masing. Tapi korang taknak kaji ke kenapa diorang tak daftarkan tiga-tiga parti ni bawah satu nama dan bertanding bawak satu nama je?

Hakikat ni mungkin sukar ditelan tapi ini adalah hakikat. Pendaftaran parti Pakatan Rakyat sengaja dilengahkan dan ditolak. Tahu kenapa? Supaya PR nampak tak bersatu, walaupun pada hakikatnya diorang bernaung bawah satu nama.

Bising sangat pasal kerusi DAP, korang sedar tak dalam BN tu ada MCA? Tahu tak MCA tu siapa pemimpin dia? Bukan Melayu tapi Cina. Alangkan dalam DAP ada Melayu Islam. So, where's the fire now?

2. Isu perpaduan

Pada hakikatnya, isu ni sbnanye tak payah ditimbulkan pun takpe. Analoginya macam ni la. Korang gaduh teruk dengan adik korang. Lepas gaduh tu korang lapar teruk dan korang hanya ada dua pilihan, sama ada nak berbaik dulu dengan adik korang atau pergi makan kat dapur. Korang tak boleh pilih dua-dua serentak. Kalau korang jawab berbaik dulu, sure ke akan berbaik sepenuhnya? Haven't you ever heard a hungry man is an angry man?

Kalau aku, aku akan pilih untuk makan dulu. Pastu bila dah tenang, masing-masing boleh berbaik dengan perut pun yang dah kenyang.

Tapi yang korang sibuk isukan soal perpaduan, sedangkan ekonomi kita hancur. Kita selalu terpaksa berlapar dengan harga minyak yang mahal, harga barang yang tinggi. Last-last kita kenyang pun tak, gaduh teruk je lebih.

Kalau korang kata, takpe kita bagi dia peluang untuk betulkan silap dia. Yang silap adalah perangai dia, bukan parti dia.

Betul. 

Tapi korang pasti dia akan berubah? I mean, sikap korup tu akan berubah? Weh kemon ah, mende dah jadi darah daging kot. Dah sebati sangat, dah terlalu lama dah diorang buat. Still, nak bagi peluang? A chance after another?

Aku seru, rakyat semua bangkitlah. Bukak mata, bukak hati. Banyakkan berdoa pada Allah agar kita masih diberi kesempatan untuk terus berjuang atas jalan-Nya. Jangan jumudkan fikiran, jangan hanya kerana termakan budi, tergadai negara sendiri.

After all, segala rasa syukur hanya selayaknya dipanjatkan pada Allah Tuhan Pencipta Alam dan seisinya.

p/s: Ayah pesan supaya aku close down all social networks aku sebab aku yang terikat dengan kerajaan, bimbang tiada posting untuk aku kelak. Kata ayah, biar kita bijak bermuslihat. Kalau dah dapat kerja, lain cerita. Aku soal balik diri aku sendiri, sampai bila aku nak takut? Sekarang tengah belajar, takut tak dapat posting. Karang dah dapat posting, takut kena pindah 24 jam pulak. Lepas tu, nak takut apa lagi?

Jadi, aku buat keputusan untuk terus berjuang! Aku takkan gentar selagi aku berada di jalan Allah dan aku tahu Allah sentiasa bersama aku. Ayah mungkin akan tinggalkan aku jua suatu hari nanti, tapi tidak Allah. Biar seisi dunia memusuhi aku, cukuplah Allah padaku.


"We withdraw today to fight another day. Lawan tetap lawan! Jika takut akan risiko, usah bicara tentang perjuangan."

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.


Tak setel kat dunia, jangan risau. Akhirat itu pasti ada.

*senyum*

*lepas nafas panjang*

Wallahualam. Semoga Allah redha.

-- Next entry baru sambung cerpen. Kehkehkeh.

1 comment:

Gerek Lama said...

bagus kak zuely! semngt mcm ni la yg ptt ad! :DDD