Thursday, February 21, 2013

Doa dan hamba~

Salam and greetings.

Apa khabar semuanya? Semoga dilindungi dan dirahmati Allah, sentiasa. :)

Well, praktikum berjalan seperti biasa. Tapi sepanjang aku praktikum ni, banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku. Suka, duka, pahit, manis semua ada. Melengkapkan kehidupan yang penuh ranjau berduri. Cewah.

So, baru-baru ni aku baru lepas kena observe for the first time oleh pensyarah English. Alhamdulillah, everything went well as planned. Kalau nak borok pasal observe, sebelum-sebelum ni guru pembimbing aku penah je masuk pre-observe and observe.

Sebab semester ni aku ajar dua subjek kritikal which are maths and english, maka aku dah memang prepare mentally untuk tidak break down dengan mudahnya. So, lepas first time guru pembimbing maths masuk tengok aku, memang kena hentam gila-gila kaw punya wa cakap lu. Kakakakaka.

Memang ada rasa sedih masa kena hentam tu tapi aku teruskan senyum kat dia. Gila apa aku nak nanges depan dia. Tak pepasal kang dia rasa aku lemah (walaupun pada hakikatnya memang lemah pun) so WAJIB berlakon tabah occayyy. Tapi aku rasa dia pun serba salah kot lepas hentam aku gila-gila tu. Dan mungkin dia tambah serba salah bila aku boleh senyum lagi kat dia dan layan dia dengan mesra macam takde pape berlaku. Pehhhh!

Bila aku cerita kat partner aku, dia cakap kalau dialah yang kena macam tu, agaknya dia dah nanges depan cikgu tu masa tu jugak. Hmmmmmm adalah tu sebabnya Allah tetapkan cikgu tu untuk aku dan bukan dia.

Kalau nak diikutkan, aku boleh je nak fikir negatif dan rasa kecewa lalu berputus asa. Tapi kenapa aku nak rasa kecewa dan berputus asa sedangkan Allah itu ada? Jadi, aku hamburkan segala rasa aku pada Dia. Walaupun Allah dah tahu dah apa yang ada dalam hati aku, aku still rasa nak luah. Aku mintak untuk dititipkan rasa redha dan semangat yang tak pernah padam dalam diri aku. Maka, berbekalkan permintaan aku pada Tuhan, aku terus berfikiran dan bersikap positif. Rilek ah. Kalau tak kena hentam, macam mana nak tahu kelemahan kita yedak.

Itu cerita kena hentam. Cerita yang aku kena observe dengan lecturer pulak cerita lain. Disebabkan aku tahu yang aku bakal di-observe pada hari tersebut, maka tidaklah aku ketiduran pada satu malam itu. Ya, aku bersengkang mata kot dok siapkan macam-macam. Aku hanya mintak Allah cukupkan segalanya untuk aku. Cukupkan masa, cukupkan persediaan mental aku, cukupkan segalanya. Tahu kenapa aku mintak kat Allah? Sebab aku takde pape. Yang ada ni semua Dia punya. So, kalau aku nak, kenalah mintak kan? Simple maths.

Bila dah tak tido tu, tahu jelah ke-zombi-an aku esoknya macam mana. Yang ajaibnya, aku tak rasa mengantuk tapi kepala tetap pening kot. Tapi, ada tapinya. Tapi yang ajaibnya aku rasa sangat tenang dan segala urusan aku dipermudahkan. Murid aku semua dengar kata, plan aku semua menjadi, p&p aku turned out to be very interesting and satisfying me, at least pada akulah kan. Hahaha. Jadi sepanjang perjalanan p&p aku tu, aku tak pernah berhenti thank Allah for the ease.

Bukan nak kata perfect pun sebab memang ada lackings here and there tapi main point nya adalah Allah memang permudahkan urusan aku bila aku mintak untuk dipermudahkan urusan.

And baru-baru ni pendrive aku hilang. Pendrive tu penting gilaaaaa kot. Dua bijik pulak tu, dua-dua ghaib pada waktu yang sama. Dalam tu ada macam-macam maklumat penting. Powerpoint untuk p&p, segala macam nota etc. So, bila benda penting hilang, tak menggagau pulak kan aku mencari. Habis semua tempat aku punggah. Habis semua orang yang pernah nampak pendrive tu aku tanya ada terambik tak. Dan semua bagi negative respond yang memang aku dah agak. Dalam cari tu, aku turut selitkan dalam doa masa solat untuk Allah temukan aku dengan pendrive aku tu.

Macam lawak, tapi serius aku buat. Dalam solat pun nak mintak Allah temukan benda kecik yang mungkin pada orang lain "Hekeleh beli pendrive lain sudah." Aku memang mintak sungguh-sungguh sebab pada aku, hanya Allah je yang tahu benda tu kat mana. Mungkin ada je benda tu dekat dengan aku tapi aku tak nampak, tapi Allah nampak. Kita kan kalau ada benda hilang suka sangat kabo "Kan bagus kalau (insert things here) ni boleh miskol." Sekali tengah-tengah aku buat keje pagi ni dan masa tengah selongkar pencil case yang besau gedabak sebesar saiz A4 ni, tetiba je elok aku terjumpa dua-dua bijik pendrive aku tu. Terus aku gelak besar dan dalam hati ucap syukur sangat-sangat. Aku tahu Allah sentiasa dengar doa aku tapi kali ni Allah betul-betul tunjukkan kasih sayang Dia kat aku. Taktau nak kabo cemana rasa terharu tu. TT____TT

Aku cerita ni bukan niat nak poyo konon-konon Allah dengar doa aku sorang je. Bukan. Tapi aku nak tunjuk memang kalau kita mintak, Dia akan bagi. Soalnya bila tu bukan dalam bidang kuasa kita. Kalau kita tak mintak pun Dia boleh bagi, apa lagi kalau kita mintak. Nak pulak mintak yang beria kan. Aku just fikir yang Allah nak aku dekat dengan Dia, mintak sungguh-sungguh, yakin dan percaya Dia akan makbulkan, dan tap *petik jari* bila Dia bagi, rasa suka tu macam nak lompat bintang pun ada. Okay ini poyo. -..-

Jadi, kita janganlah berhenti berdoa dan sentiasa yakin Allah punya perancangan yang sangat baik untuk kita. Dia tak pernah lupa kita tapi kita je yang suka buat-buat lupa kat Dia. Ingat, Dia tu Tuhan, kita ni hamba. Tanpa Dia, kita bukan siapa-siapa.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina." (Al-Ghafir, ayat 60)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (Al-Baqarah, ayat 186)

Kita nak macam-macam daripada Allah. Kita marah, kecewa bila permintaan kita tidak diperkenankan dengan cepat. Kita dah semak ke diri kita apakah sudah sempurna kita dalam memenuhi apa yang Allah perintahkan?

Macam ni la analoginya. Ada seketul tahi yang teramatlah busuk kat lantai rumah kita dan kita pun semburlah berdozen-dozen botol minyak wangi kat tahi tersebut tanpa berusaha untuk membuang dan mencuci kawasan tahi tersebut, adakah bau busuk tu akan hilang atau sekurang-kurangnya ditelenggami dengan bau minyak wangi yang kita sembur?

Tak kan?

Samalah jugak dengan konsep doa ni. Kalau diri kita ni penuh dengan dosa dan noda, agak-agak dengan mudah ke doa kita nak diperkenankan? Memang kalau Allah nak perkenankan sebarang doa tu bukan satu masalah pun untuk Dia sebab kunfayakun, tapi soalnya sekarang adakah doa yang diperkenankan tu atas dasar Allah itu Maha Mengasihani atau sebab Allah itu Maha Pemurah? Kita nak doa kita diangkat tapi kita salut diri kita dengan maksiat. Tak boleh. Tak kena. Kena tinggalkan dulu maksiat yang Allah tak suka baru akan datang rasa kehambaan dalam diri kita yang hina ni. Barulah akan disayangi dan disenangi Allah.

"Semua orang boleh beribadat tapi tak semua orang boleh tinggalkan maksiat."

Wallahualam. Semoha Allah redha.

p/s: Jangan lupa untuk doa dapat jodoh yang boleh bimbing ke syurga Allah dan dimatikan dalam keadaan husnul khatimah. Aminnnnnnn.

No comments: