Sunday, January 20, 2013

The beginning of the final praktikum~

Salam and greetings.

"Bila nak start kemas barangnya kau ni?" tanya Amie selajur melihat aku mula mengadap laptop dan membiarkan barang-barang yang dah dipunggah konon-konon nak packing terbiar begitu saja.

"Alaaaa malasnyaaaaa nak kemas!" Aku mula mengerutkan muka dan menggaru kepala. Mengemas barang nak pindah adalah antara perkara yang paling aku menyampah dan liat gila nak buat. Tapi bila sekali kemas, serius sepantas halilintar. Mana tak pantas kalau semua benda dicampak je dalam beg. 

Isk isk isk, teruk punya anak dara!

"Mie, nanti ingatkan aku eh nak bawak apa pegi sana."

Aku tayang muka malas. Punggung dah melekat dah atas katil. Mata dah tak lepas dah dari skrin laptop. Telinga dah mula dah nak dipekakkan dengan headphone sebesar alam.

"Tu jangan lupa bawak heater tu. Extension jugak. Sabun tu letaklah dalam bakul. Bawak bakul tu sekali. Haa ni jugak bla bla bla bla and bla." 

And the list of things goes on and on and on...

"Alaaaa malasnyaaaaa!"

Itu jelah pun yang aku dok ulang dari tadi. Start packing tak jugak. Hampeh punya budok.

*****

Zuely, kau pegi rumah sewa bila? Tunggulah aku balik dulu. Aku sedih kau dah nak pindah. :( 

- Kem

Wasap yang baru diterima seawal pagi tadi dibaca dengan riang. Macam comel je bila ada orang sedih sebab aku dah nak pindah kan. Hiks.

Beria konon nak pindah, tapi hampeh barang pun tak kemas lagi.

Aku mengeluh kecil dan teruskan menaip entri ni dengan gigihnya. Eh tak baiklah mengeluh. Okay okay. Aku bukan mengeluh tapi kira macam menghela nafas beratlah. Cewah.

Tapi sambil-sambil aku taip entri ni, aku ada jugak jenguk-jenguk pesbuk aku. Amboi kemaen status yang keluar kat news feed aku semua beria update pasal nak start praktikum fasa 3.

Aku? 

Ada jugak rasa nak update. Tapi bukan pada status pesbuk la. Meh aku up satu entri terus. Hikhik.

*****

Selama dua fasa praktikum yang telah aku jalani, banyak perkara yang telah aku pelajari. 'Banyak' aku mungkin sikit pada orang lain. 'Banyak' aku mungkin hanya celah gigi guru yang dah lama mengajar. Jadi, dengan izin Allah, aku berazam untuk mengutip lebih banyak pengalaman suka dan duka mengharung hidup menghabiskan first degree.

Aku tertarik untuk meninjau balik diri aku yang lepas-lepas. Aku kira boleh mengaku yang aku ni sbnanye agak garang dengan anak murid. Cepat je rasa nak marah. Cepat je rasa nak kecewa. Cepat je rasa nak menyampah. Dan banyak lagi rasa-rasa negatif yang lain.

Gambar yang berjaya buatkan aku senyum dan sebak dalam masa yang sama. :')

Comel je kopipes apa yang aku tulis dalam bahasa korea. :D

Jadi, untuk praktikum yang terakhir kalinya, aku nak jadi seorang guru pelatih yang disayangi kerana sifatnya yang penyayang dan diingati kerana sifatnya yang tak pernah lelah memberi ilmu. Sbnanye pokok pangkal bila kita buat niat kerana Allah, yang kita akan dapat balik adalah ketenangan dan keredhaan, insyaAllah. 

Kalau kita buat kerana manusia, jika manusia itu mengecewakan kita, kita akan terasa bahawa dunia ini sudah sampai di penghujungnya. Tapi kalau kita buat kerana Allah, kita takkan pernah kecewa kerana kita yakin bahawa di setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Sebelum wujud pepatah melayu 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian', Allah lebih dulu kabo dalam surah Al-Insyirah, 'Maka sesungguhnya bersama setiap kesulitan itu ada kesenangan.'

Nampak tak betapa cantiknya kehidupan yang Allah aturkan untuk kita?

Maka, selamat melunaskan tanggungjawab selaku guru pelatih yang niatnya hanya kerana Allah. Jatuhnya takkan menyalahkan Allah, bangunnya bersyukur terhadap Allah.

Wallahualam. Semoga Allah redha. :)

*campak baju dalam beg*


1 comment:

Anonymous said...

semoga kesedihan aku ini hanyalah sementara. ok. sementara sahaja.

sahabatyangkesepian

paham2 la sendiri ye adek manjew aku sorang ni.haha.

noname